You are here:: About Us Articles Category JAM MAUT
 
 

JAM MAUT

E-mail Print PDF

Jam MautAda satu Laman Web yang mendakwa dapat meramalkan masanya anda meninggal selepas anda menjawab satu siri pertanyaan. Tarikh kematian anda yang diramalkan itu keluar bersama dengan jam digital yang mengira secara menurun saat-saatnya yang tinggal dalam hidup anda.

Semuanya didasarkan pada carta yang menunjukkan lamanya hidup seseorang, tetapi melihatnya pada skrin komputer membuat perkara itu lebih jelas lagi. Seperti kata laman itu, ia adalah "peringatan mesra Internet bahawa hidup anda semakin pendek." Dalam hikmat TUHAN, Dia tidak memberitahu kita bila harinya kita meninggal. Kita juga tidak tahu harinya Kristus kembali lagi. Alkitab menggesa kita hidup bagi Kristus dan bersedia bagi kedua-dua peristiwa itu. Rasul Petrus menulis, "Kesudahan segala sesuatu sudah dekat. Kerana itu kuasailah dirimu dan jadilah tenang, supaya kamu dapat berdoa. Tetapi yang terutama: kasihilah sungguh-sungguh seorang akan yang lain, sebab kasih menutupi banyak sekali dosa. Berilah tumpangan seorang akan yang lain, sesuai dengan karunia yang telah diperoleh tiap-tiap orang sebagai pengurus yang baik dari kasih karunia Allah" (1 Petrus 4:7-10).

Yesus berkata, "Hendaklah kamu juga siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu sangkakan... berbahagialah hamba, yang didapati tuannya melakukan tugasnya itu, ketika tuannya itu datang" (Lukas 12:40,43).

Sebagai orang Kristen, kita tidak perlu cemas semasa melihat masa kita semakin singkat. Sebaliknya, marilah menggunakan setiap saat hidup kita bagi Kristus dan bersedia untuk berjumpa dengan Dia pada hari ini. - DCL

Orang tidak percaya memikirkan maut dengan ketakutan ~

Mereka tidak melihat apa yang di hadapan;

Orang yang beriman kepada Kristus mengharapkan kekekalan.

Bersedialah untuk saat terakhir anda dengan bersedia setiap saat.