Ada satu Laman Web yang mendakwa dapat meramalkan masanya anda meninggal selepas anda menjawab satu siri pertanyaan. Tarikh kematian anda yang diramalkan itu keluar bersama dengan jam digital yang mengira secara menurun saat-saatnya yang tinggal dalam hidup anda.
Yesus berkata, "Hendaklah kamu juga siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu sangkakan... berbahagialah hamba, yang didapati tuannya melakukan tugasnya itu, ketika tuannya itu datang" (Lukas 12:40,43).
Sebagai orang Kristen, kita tidak perlu cemas semasa melihat masa kita semakin singkat. Sebaliknya, marilah menggunakan setiap saat hidup kita bagi Kristus dan bersedia untuk berjumpa dengan Dia pada hari ini. - DCL
Orang tidak percaya memikirkan maut dengan ketakutan ~
Mereka tidak melihat apa yang di hadapan;
Orang yang beriman kepada Kristus mengharapkan kekekalan.
Bersedialah untuk saat terakhir anda dengan bersedia setiap saat.


