Selepas Amerika Syarikat diserang oleh pengganas pada 11 September 2001, Presiden Bush telah berseru kepada Kongres untuk mewujudkan Jabatan Keselamatan Tanah Air. Tugas agensi ini adalah untuk memastikan keselamatan rakyat dalam segala aspek.
Amsal 29:5 "Tetapi siapa percaya kepada TUHAN, dilindungi".
Keluarga kita masing-masing pun memerlukan satu perancangan bagi "keselamatan tanah air" jika kita menghalang orang lain daripada membahayakan anak-anak kita. Tetapi di dalam dunia yang mudah dimasuki oleh kuasa-kuasa yang berbahaya, bagaimana kita boleh melakukannya?
Berikut adalah beberapa cadangan bagi keselamatan keluarga:
- Kawallah media - Jangan biarkan porgram TV, tayangan, dan CD menguasai apa yang keluarga anda tonton dan dengar, melainkan gunakanlah panduan berasaskan Alkitab untuk menilai kata-kata dan akhlak apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak anda.
- Perhatikanlah siapa kawan-kawan mereka - Standard kawan-kawan anak anda mungkin tidak sama dengan standard anda. Nilailah sikap mereka kerana kawan-kawan selalunya akan mempengaruhi anak anda. Biarlah rumah anda terbuka untuk kawan-kawan mereka juga. Cara ini membantu anda untuk mengenali mereka.
- Buatlah perisai - Dengan mengajar akan-anak anda akan prinsio Alkitab dan mendorong iman mereka, anda membantu mereka untuk mengenal apa yang benar dan apa yang salah serta membina perisai dalaman yang akan melindungi mereka daripada bahaya yang dihadapi.
Sampai manakah kekuatan keselamatan keluarga anda?
Anak-anak kita perlukan rumah di mana kasih memberikan keselamatan, dan apa yang diajar tidak dikelirukan oleh apa yang didengar dan ditonton.


