You are here:: Home
 
 

Yang Lama Dan Yang Baru

E-mail Print PDF

Tahun Baru 2010Azam yang biasa dibuat pada bulan Januari adalah mengurangkan berat badan, bersenam lebih sering, mengurangkan masa bekerja, dan menambah masa bersama keluarga - mungkin juga bertekad untuk berhenti menelefon semasa memandu.

Kita ingin mengubah hal-hal yang tidak menyenangkan hati, dan tekad ini tidak menghairankan - walaupun kebanyakan azam Tahun baru hanya diikuti selama 3 minggu.

Bagaimana kalau kita bertanya kepada TUHAN tentang apa yang Dia ingin anda ubah, perbaiki, atau mulakan pada tahun ini? MungkinTUHAN memberitahu anda untuk:

  • Menyatakan lebih banyak buah Roh dalam hidup anda, iaitu "kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemah-lembutan, pengusaan diri" (Galatia 5:22-23)
  • "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" (Matius 5:44)
  • "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk" (Markus 16:15)
  • "Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu" (Ibrani 13:5)
  • "Kita harus hidup menurut perintah ALLAH" (2 Yoh 1:6)

Sebagai orang percaya dan lahir baru, kita boleh bebas daripada kebiasaan lama dan kegagalan. Kita mesti minta kepada TUHAN untuk menolong kita hidup dalam kuasa ROH KUDUS setiap hari. Lalu kita boleh menanggalkan kehidupan yang lama dan menjadi manusia baru (2 Korintus 5:7) - Pedoman Harian

Bagaimana kita hidup untuk menyenangkan hati TUHAN? Dengan mengetahui apa perintah-Nya dan bersandar pada kekuatan Roh Kudus untuk menjadikan kita manusia baru.

Lebih mudah menunaikan azam apabila anda bergantung kepada TUHAN.