Baru-baru ini saya menonton video Jurulatih Bola Keranjang tersohor, John Wooden menghuraikan tafsiran beliau tentang kejayaan. Secara dasarnya, matlamat beliau bukan untuk membentuk pasukan bola keranjang yang berjaya tetapi membentuk pemain yang berjaya. Dengan membantu setiap individu menyedari potensi penuh, mereka adalah kejayaan dan hasilnya adalah kejayaan berpasukan.
Sebelum pengangkatan Yesus, Dia memberi kita perintah:
" Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman." Matius 28:19-20 ATB.
Dia tidak mengatakan bahawa: pergi dan selamatkan yang hilang atau membina gereja. Dia berkata kita pergi untuk menjadikan bangsa muridNya. Bagaimana ini boleh dicapai? Dengan menggunakan kuasaNya, membaptis dan kemudian MENGAJAR mereka memperhatikan perkara-perkara yang diperintahkan kepada kita. Pemuridan adalah proses perkembangan orang percaya!
Terlalu banyak pemuridan hari ini yang mengajar tentang fakta.
Wooden mempunyai pemahaman untuk tidak menjadikan para pemain mahir dalam teknik-teknik bola keranjang: dribbling, passing atau jump shots. Matalamatnya adalah untuk menolong mereka meluahkan potensi penuh sebagai individu. Matalamat ini telah tercapai, kejayaan bola keranjang dicapai hasil potensi semua pemain.
Pelayanan Yesus adalah sama. Matius 4:23 berkata:
"Yesuspun berkeliling di seluruh Galilea; Ia mengajar dalam rumah-rumah ibadat dan memberitakan Injil Kerajaan Allah serta melenyapkan segala penyakit dan kelemahan di antara bangsa itu."
Tumpuan pelayanan Yesus berkisar kepada maksud perkataan "mengajar" yang bermaksud "untuk tahu atau ajar, ia melibatkan tujuan untuk membentuk sikap pelajar." Tujuan Yesus bukan untuk menerapkan fakta-fakta keagamaan; ia adalah keinginan untuk melihat perubahan sikap pelajar. Tentunya, transformasi sikap akan menghasilkan cara hidup yang berbeza.
Jadi kelemahan program pemuridan saya: Saya mengajar terlalu banyak maklumat yang bagus, tetapi ketiadaan kaedah atau struktur untuk membawa tranformasi. Ada sesuatu yang hilang.
Berbalik kepada jurulatih Wooden. Dalam proses pembangunan beliau, dia mengambil berat para pemain beliau semasa diluar gelangang sama seperti semasa mereka dalam gelangang. Dia menekankan kelas, pencapaian dan perilaku mereka. Pendak kata, dia terlibat dalam kehidupan harian para pemain! Jadi tambahan kepada kelemahan program saya: banyak informasi yang bagus, tetapi tiada tindakan susulan secara priktikal dalam kehidupan harian jemaat.
Saya rasa ini adalah perkara biasa bagi gereja. Sayang sekali, kita menekankan penglibatan di gereja pada hari Ahad, mungkin juga pertengahan minggu. Selalunya, sangat terhad penglibatan aktiviti yang dirancang dalam takwim gereja. Terlalu banyak aktiviti gereja yang dirancang bukan untuk tujuan pemuridan yang sebenar. Fokus mereka lebih kepada menyebarkan maklumat, persekutuan atau aktiviti sampingan (beberapa pelayanan PMM). Sangat sedikit tranformasi berlaku dengan kaedah ini.
Sebagai orang baru percaya, isteri saya dan saya sungguh-sungguh dimuridkan oleh pasangan muda di gereja. Kami meluangkan berjam-jam untuk bersekutu diluar masa kebaktian: makan malam, pergi membeli-belah, melancong atau hanya untuk berbual-bual. Pada masa inilah, prinsip hidup dengan Tuhan diberitakan tetapi banyak yang diperbaiki. Saya diajar bagaimana hidup dengan Tuhan sebagai contoh.
Jadi, jawapan yang mungkin:
* Pelayan mementingkan transformasi, bukan saja tentang syurga dan neraka. Ia tentang menjadi seperti Yesus.
* Strukturkan jemaat dengan pelbagai peluang untuk penerapan firman Tuhan dalam kehidupan harian.
* Mencari pemimpin yang matang dan latih mereka menjadi penatua atau pengajar. Beri mereka tugas untuk bekerja dengan individu.
* Bentuk kelompok perkongsian; orang yang mempunyai minat yang sama. Biar mereka meluangkan masa bersama; tidak semestinya ada fokus "kerohanian".
* Berdoa supaya ada transformasi kerohanian dalam hati setiap jemaat.
Ia mungkin agak lambat, tetapi apabila ada bermula dengan asas dan mereka berkembang dan maju, memenangkan orang baru, akhirnya berlaku perubahan pemikiran dan anda akan mencapai titik kematangan dimana terjadi anjakan budaya dalam gereja setempat.
SIB Taginambur is one of the olders and biggest church of Sidang Injil Borneo Sabah.
Berdoa untuk kebangunan rohani dalam negeri kita. TUHAN pasti akan melakukannya apabila kita mula perpaling dari rancangan-rancangan sendiri kepada rancangan-rancangan yang TUHAN mahu kita lakukan.
Mr. Trevor J White, [better known as Rev. Asang (“light” in the Dusun language)] from England, who brought with him sawmilling equipment and carpentry skills in addition to his overriding purpose of evangelizing the natives of Borneo.