Baru-baru ini saya menonton video Jurulatih Bola Keranjang tersohor, John Wooden menghuraikan tafsiran beliau tentang kejayaan. Secara dasarnya, matlamat beliau bukan untuk membentuk pasukan bola keranjang yang berjaya tetapi membentuk pemain yang berjaya. Dengan membantu setiap individu menyedari potensi penuh, mereka adalah kejayaan dan hasilnya adalah kejayaan berpasukan.
Sebelum pengangkatan Yesus, Dia memberi kita perintah:
" Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman." Matius 28:19-20 ATB.
Dia tidak mengatakan bahawa: pergi dan selamatkan yang hilang atau membina gereja. Dia berkata kita pergi untuk menjadikan bangsa muridNya. Bagaimana ini boleh dicapai? Dengan menggunakan kuasaNya, membaptis dan kemudian MENGAJAR mereka memperhatikan perkara-perkara yang diperintahkan kepada kita. Pemuridan adalah proses perkembangan orang percaya!
Terlalu banyak pemuridan hari ini yang mengajar tentang fakta.
Wooden mempunyai pemahaman untuk tidak menjadikan para pemain mahir dalam teknik-teknik bola keranjang: dribbling, passing atau jump shots. Matalamatnya adalah untuk menolong mereka meluahkan potensi penuh sebagai individu. Matalamat ini telah tercapai, kejayaan bola keranjang dicapai hasil potensi semua pemain.
Pelayanan Yesus adalah sama. Matius 4:23 berkata:
"Yesuspun berkeliling di seluruh Galilea; Ia mengajar dalam rumah-rumah ibadat dan memberitakan Injil Kerajaan Allah serta melenyapkan segala penyakit dan kelemahan di antara bangsa itu."
Tumpuan pelayanan Yesus berkisar kepada maksud perkataan "mengajar" yang bermaksud "untuk tahu atau ajar, ia melibatkan tujuan untuk membentuk sikap pelajar." Tujuan Yesus bukan untuk menerapkan fakta-fakta keagamaan; ia adalah keinginan untuk melihat perubahan sikap pelajar. Tentunya, transformasi sikap akan menghasilkan cara hidup yang berbeza.
Mari kita lebih fokus kepada satu perkara penting berbanding banyak perkara tetapi tiada pelan perancangan. Kita capai satu dalam satu masa. Lebih baik kita gagal setelah mencuba daripada kita gagal merancang.
Kurang bercakap akan lebih membantu dalam suasana yang kita sendiri tidak faham. Memerhati lebih baik dari memberi pandangan yang tidak dapat mengubah keadaan.




SIB Taginambur is one of the olders and biggest church of Sidang Injil Borneo Sabah.
Berdoa untuk kebangunan rohani dalam negeri kita. TUHAN pasti akan melakukannya apabila kita mula perpaling dari rancangan-rancangan sendiri kepada rancangan-rancangan yang TUHAN mahu kita lakukan.
Mr. Trevor J White, [better known as Rev. Asang (“light” in the Dusun language)] from England, who brought with him sawmilling equipment and carpentry skills in addition to his overriding purpose of evangelizing the natives of Borneo.